Tuesday, December 29, 2015

Tugasan Baru

Tinggal beberapa hari saja lagi nak masuk tahun baru. So, Isnin lepas pergi meeting sekolah. Dapatlah jadual waktu dan beberapa tugasan. Alhamdulilah, tahun depan dapat mengajar subjek major. Memang sekolah aku kurang guru BM pun. Memandangkan aku major BM memang akan dapat full lah. Sebenarnya masa lapor diri lagi dah diberitahu yang tahun depan akan ajar BM sahaja. So, takdelah rasa terkejut sangat. Yang paling menarik hanya ajar kelas Form 1 sahaja. 24 masa mengajar dan 4 kelas sahaja. Wah, nampak macam senang kan? tunggulah masa nak tanda kertas peperiksaan nanti, mau rasanya menangis nak tanda kertas karangan.

Ok,satu lagi tugasan mestilah guru kelas. Dah nama pun cikgu BM kan, mestilah kena pegang kelas. Ini pun satu lagi skop tugas yang memang aku dah reda.Masa lapor diri aritu pun, dalam masa 2 minggu dah dibagi guru kelas. Walaupun dalam keadaan blur-blur terpaksalah aku belajar untuk jadi pro. Paling tak sangka kurang dalam masa sebulan lebih ,12 rasanya surat amaran pertama dan kedua aku keluarkan. Disebabkan masa mula-mula posting tu aku kat sesi pagi jadi aku lebih rapat dengan cikgu sesi pagi. So, banyak benda aku akan tanya cikgu sesi pagi.Cuma bila dah lama-lama tu baru aku bertanya cikgu-cikgu sesi petang. 

Erm..tugasan lain macam biasalah...guru penasihat rumah sukan, permainan, badan beruniform dan kelab persatuan. Cume kelab itu aku dapat kelab rukun negara. Aish..teringat plak masa praktikal dulu. Sebenarnya teringat mas tunggu budak latihan drama pendek tu dengan En. A aka En. Sumber Inspirasi.. Haip haip.. En. A dah kawen pun..xdelah nak jd sumber inspirasi je..Sebenarnya En. A tu pelakon masa kt USM, so selalulah gak tengok dia berlakon kan.. Tup-tup masa praktikal dapat plak bekerjasama dengan dia. Mane tak gembira kan. Alah, satu kenangan manis lah tu..

Oh, terlupa plak satu lagi tugasan, penolong setiausaha Kumpulan Wang  Pelajar Miskin. Yang aku paham KWAPM tu untuk bantuan pelajar-pelajar susah lah..Kalau ikut cakap mak nanti kena pergi kursus lah..dan ntah pe benda lagi lah..Takpelah aku anggap itu satu proses pembelajaran, mane tahu lepas ini dapat jadi ketua pulak...aik aik..

Harap-harap takdelah lagi rombakan jadual..Sebab kalau nak ikutkan jadual aku tu dah cantik. Adelah masa nak rehat-rehat sikit plus sembang-sembang...Hahahahahaha

No comments: