Tuesday, December 15, 2015

Come Back

Hai semua...

Nampaknya ini adalah entry pertama secara rasmi...Rasanya dah lama sangat tinggalkan bidang penulisan blog nie..malam nie tibe-tibe terasa rindu pulak...

2015 semakin hampir untuk melabuhkan tirainya...Rasanya tahun 2015 nie banyak sangat cerita dan kenangan-kenangan manis dan pahit...

Secara rawak jelah cerita perjalanan hidup 2015 nie..


  • Aku akhirnya berjaya jugak menjelajah ke Pulau Langkawi selama 4h3m setelah sekian lama merancang. 
  • Salah satu impian untuk mengajar di SMKDH akhirnya tercapai walaupun sekadar guru ganti. 3 bulan diberi peluang untuk berkerjasama bersama-sama guru-guru hebat SMKDH. Sebenarnya di saat aku terima peluang belajar dalam kos pendidikan, aku telah tanamkan satu tekad untuk berbakti di SMKDH. Berdiri bersama-sama guru-guru yang pernah mengajar aku dahulu rasanya sangat istimewa.
  • Peluang kedua menjadi guru ganti di prasekolah SK Sungai Burong..Mengajar kanak-kanak 6 tahun bukanlah semudah yang disangka. Aku terpaksa bermain psikologi untuk memenangi hati mereka. Yang paling tidak di sangka Guru Besar dan Penolong Kanan 1 sekolah itu adalah bekas cikgu aku masa sekolah rendah. Rasa sangat terharu bila mana cikgu-cikgu tersebut masih kenal diri ini..
  • Terpilih untuk menghadiri temuduga guru MARA dan akhirnya berjaya untuk menjadi salah seorang pengajar MARA. Malangnya terpaksa tolak atas sebab-sebab yang tertentu.
  • Sekali lagi terpilih untuk menghadiri temuduga KPM. Temuduga yang paling ditunggu-tunggu setelah hampir setahun menjadi pengganggur. Masa hadir temuduga dalam keadaan yang sangat tidak bersedia disebabkan aku terlibat dengan program yang dianjurkan oleh SMKDH.
  • Akhirnya secara rasminya pada 17.8.2015 aku bergelar seorang guru di sebuah sekolah di Sijangkang. Alhamdulilah..walaupun sedikit jauh dari rumah tapi masih lagi di selangor...
Rasanya itu sahaja cerita manis tahun 2015..cerita pahit tak perlu lah diungkapkan...biarlah disimpan menjadi rahsia...


No comments: