Thursday, December 17, 2015

Cikgu oh Cikgu

Dahulu masa sekolah rendah, jika ditanya apa cita-cita mesti aku akan jawab guru. Kenapa aku pilih jawapan itu sebab masa itu aku masih tidak tahu apa erti sebenar seorang guru. Masuk ke sekolah menengah cita-cita mula berubah. Tiada lagi rasa ingin menjadi seorang guru. Keputusan SPM yang tidak memberangsangkan akhirnya membawa aku ke Tingkatan 6. Di situ aku sebernarnya melihat apakah makna sebenar seorang guru. Seusai keputusan STPM, sekali lagi aku dilema untuk memilah bidang pengajian.Akhirny, aku mengikut pilihan ayah untuk memilih kos pendidikan.Lagipun pada masa itu, ramai kawan-kawan aku jugak memilih kos yang sama cume berbeza universiti.

Orang kata kerja cikgu nie senang. Cume perlu mengajar je. Pastu dapat gaji ribu-ribu. Cuti banyak pulak tu. Sebelum masuk bidang guru aku pun fikir macam tu. Masuk kelas mengajar, akhir bulan dapat gaji.Enjoy duit gaji gi bercuti. Itu dululah. Tapi bila aku sendiri dah masuk bidang ni ternyata ia cuma indah khabar dari rupa. Bidang pendidikan bukanlah semudah yang disangka. Banyak kerja yang perlu di buat.

Kerja cikgu ni paling penting kena ikhlas. Tahu tak cikgu nie tak pernah dapat OT walaupun kerja lebih masa. Kadang-kadang sampai hari Ahad pun masih buat kelas tambahan. Ada bayaran? mestilah tidak. Yang penting cikgu nak anak-anak murid berjaya dalam peperiksaan. Cikgu juga yang buat kerja-kerja pengkeranian. Masukkan data SAPS, APDM, PAJSK, PBS dan lain-lain. Ada ke pembantu? mestilah takde. Sampaikan bangun pukul 2-3 pagi sebab nak siapkan kerja. Bahan bantu mengajar pun cikgu sendiri kena buat. Mane nak dapat duit untuk beli bahan-bahan tu? sudah pastilah duit poket cikgu sendiri. Yang pasti tidak ada claim-claim ni. Sebenarnya banyak lagi beban tugas seorang guru ni.

Sedih jugak bila memikirkan macam mana orang ramai sanggup mempertikaikan pengorbanan seorang guru tu.Bila mana seorang murid itu berjaya orang akan memuji ibubapa yang pandai mendidik anak tapi bila seorang murid itu gagal orang akan mengeji guru yang mengajar. Aku yakin dan pasti seorang guru tu hanya ingin melihat anak didiknya berjaya sahaja. Tiada balasan lain yang dipinta, bukan emas, bukan permata tapi hanya ingin dikenang jasa seorang guru itu.

Betul lah kata ayah dulu. Kerja cikgu ini tak kan kaya tapi kerja guru ini sangat mulia. Biarlah apa yang orang kata, aku bangga kerana menjadi seorang guru. Biarlah aku hidup sederhana asalkan aku gembira


1. Apabila Murid Ingin Menyertai Pertandingan, Guru Jadi JURULATIH.
2. Semasa Pertandingan Bola, Guru Menjadi PENGADIL.
3. Apabila Persembahan Hari Guru, Guru Menjadi KOMPOSER.
4. Apabila Tiba Masa RMT, Guru Jadi PELAYAN.
5. Semasa Murid Membuat Persembahan, Guru Menjadi JURUGAMBAR.
6. Semasa Peralatan Sekolah Rosak, Guru Menjadi TUKANG KAYU.
7. Semasa Murid Sakit, Guru Menjadi DOKTOR.
8. Semasa Murid Muntah Dalam Kelas, Guru Menjadi TUKANG CUCI.
9. Semasa Murid Ada Masalah, Guru Menjadi IBU BAPA.
10. Semasa Murid Mencuri, Guru Menjadi DETEKTIF.
11. Semasa Perkhemahan, Guru Menjadi TENTERA.
12. Semasa Murid Merentas Desa, Guru Menjadi POLIS TRAFIK.
13. Semasa Murid Bergaduh, Guru Menjadi HAKIM.
14. Semasa Murid Bersedih, Guru Menjadi PELAWAK.
15. Semasa Gotong Royong Di Sekolah, Guru menjadi TUKANG KEBUN








No comments: